Monday, 8 September 2014

Dosa Seorang Suami 2014 - Slot Azalea TV3 [EP20/20]

Dosa Seorang Suami 2014 - Slot Azalea TV3

Mengisahkan Rafiq seorang usahawan yang berjaya telah ditakdirkan lumpuh sebelah badan akibat penyakit strok. Segala kekayaan dan kejayaan yang dikecapinya musnah. Rafiq hidup bertemankan kerusi roda. Setelah disahkan menghidap penyakit strok, Rafiq sering dijauhi oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan isterinya.

Anak-anak Rafiq antaranya Arisa (Keena), Arisz (Dazrin Kamarudin) dan Ramli (Afzan) juga tidak mempedulikannya. Malah mereka sering mencipta alasan untuk tidak berada di sisi ayahnya. Mujur ada pembantu selaku pekerja Rafiq iaitu Khamis (Cat Farish Ramli). Khamis sentiasa mengambil berat akan perihal tuannya.

Khamis membantu Rafiq membersihkan diri, memandikannya, menukar pakaian, menghidang makanan minuman. Sesekala Khamis memberi sedikit tazkirah pada Rafiq dengan harapan agar tuannya terbuka hati untuk berubah. Rafiq orangnya keras hati, mudah marah. Sesekala ajakan baik oleh Khamis sering disalah tafsir oleh dirinya.

Namun, Khamis cekal untuk membantu tuannya. Rafiq sering terimbau kenangan silam. Kenangan ketika dia pernah mengecap kejayaan. Memiliki keluarga yang bahagia. Dek kesilapannya dalam mendidik anak dan isteri, akhirnya perbuatannya memakan dirinya. Isterinya tidak menghormatinya. Anak-anaknya menjauhkan diri. Segalanya bermula selepas dia jatuh sakit.

Saksikan segalanya dalam drama TV3 Dosa Seorang Suami. Adakah akan terbuka hati Rafiq untuk berubah? Bagaimana hubungan Rafiq dengan anak-anak dan isterinya nanti? Adakah mereka akan bersatu semula? Apa hubungan Maya (Watie Sadali) dengan rumah agam yang tersergam indah itu? Adakah Maya juga mengenali Rafiq? Sama-sama kita nantikan.

[id]F1;http://www.dailymotion.com/video/k1xyMXckntaW8v8LvJu?syndication=122829|F2;http://www.dailymotion.com/video/k7pHb0ZtNV7elE8LvT8?syndication=122829||F3;http://www.dailymotion.com/video/k5VViZDRYDe3058LvTo?syndication=122829|F4;http://www.dailymotion.com/video/k50NdVYDyDkKUZ8LvTG?syndication=122829|F5;http://www.dailymotion.com/video/k31rh7vrevUvar8LvU3?syndication=122829|F6;http://www.dailymotion.com/video/k5MiKGg0s0ZGnn8LvUj?syndication=122829|F7;http://www.dailymotion.com/video/k17MQ0Uba9MQ2O8LDyc?syndication=122829|F8;http://www.dailymotion.com/video/kCjSQibMPlnk5I8LDyQ?syndication=122829|F9;http://www.dailymotion.com/video/k1lfqFY8bJL1ef8LDzA?syndication=122829|F10;http://www.dailymotion.com/video/k5ZmkNhtoD8QKj8LDAg?syndication=122829|F11;http://www.dailymotion.com/video/k4QLashGRZFf0n8LDAJ?syndication=122829|F12;http://www.dailymotion.com/video/k2TvVLTH2BVzGN8LDBm?syndication=122829|F13;http://www.dailymotion.com/video/k5csYYKcBNpHOe8LDNK?syndication=122829|F14;http://www.dailymotion.com/video/k33l2T8lZcDNrP8LDOn?syndication=122829|F15;http://www.dailymotion.com/video/k2Zj4XGvr6G7Te8LDPd?syndication=122829|F16;http://www.dailymotion.com/video/k1C6QpCaYln0RN8LDPW? syndication=122829|F17;http://www.dailymotion.com/video/k2gWRFelF8MlI38LDQZ?syndication=122829|F18;http://www.dailymotion.com/video/kUx40YcfJ0lqJ78LUMB?syndication=122829|F19;http://www.dailymotion.com/video/k1jMmhYCqKADtW8MnVm?syndication=122829|F20 End;http://www.dailymotion.com/video/k5imin3Xr87eNI8NSK1?syndication=122829|[/id]

No comments:

Post a Comment