Wednesday, 15 October 2014
Kasih Berbisik 2014 - Drama Eksklusif TV3 [EP3/13]
Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision akan menerbitkan drama bersiri terbaru di TV3 berjudul "Kasih Berbisik". Drama ini dibintangi oleh pelakon dari 3 negara iaitu Malaysia (Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri), Singapura (Nurul Aini, Nick Mikhail) dan Indonesia (Demmy Febriana).
Menariknya drama ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD) untuk memberi kepuasan kepada penonton di Malaysia mahupun Singapura. Saksikan drama Kasih Berbisik disiarkan bermula 1 Oktober 2014, pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam di TV3
JUDUL : Kasih Berbisik
TAYANGAN : 1 Oktober 2014 (Setiap Rabu - 9.00 malam)
EPISOD : 13 Episod
SIARAN : Drama Eksklusif TV3
PENGARAH : Jamal Khan
PENERBIT : Encik Zulkeflee Said dan Puan Sabariah Ramilan
TERBITAN : Primeworks Studios dan MediaCorp
PELAKON : Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri, Nurul Aini, Nick Mikhail dan Demmy Febriana
WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Imran
Nick Mikhail sebagai Andi
Nurul Aini sebagai Nora
Demmy Febriana sebagai Sulastri
Keith Foo sebagai Dharma
Tasha Shila sebagai Tina
Normah Damanhuri sebagai Mak Jah
SINOPSIS RINGKAS DRAMA KASIH BERBISIK
Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya,
Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.
Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun.
Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.
Labels:
2014,
Drama,
Drama Eksklusif TV3,
TV3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment