Monday, 13 October 2014
Konsert Akademi Fantasia 2014 - Astro Maya HD [Minggu 5/12]
Siaran langsung AF 2014 akan bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad mulai 7 September 2014. Penonton juga boleh menyaksikan persembahan 12 peserta AF 2014 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya HD bermula pada pukul 9.00 malam. Untuk info, AF 2014 akan mengekalkan format asal seperti mana ia mula diterbitkan pada tahun 2003.
Program realiti nyanyian, Akademi Fantasia 2014 kembali dengan kejutan khas buat para penonton apabila mengumumkan Datuk Hattan selaku pengetua dan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail atau FBI selaku pengacara bersama Zizan Razak di Konsert AF 2014.
Antara tenaga pengajar lain yang turut terbabit dalam menjayakan AF 2014 ialah Siti Hajar (Guru Vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Jihan Muse selaku hos untuk Diari AF. Turut memperkenalkan dua juri tetap yang bakal menjadi pengkritik tetap buat 12 peserta iaitu Raja Azura dan Datuk Ramli MS.
Dalam pada itu, #AF2014 kali ini Hafiz dan Stacy diumumkan sebagai juri juara di mana pada setiap minggu mereka akan memberi komen persembahan 12 pelajar tersebut yang akan dinilai secara virtual melalui aplikasi #AF2014 yang boleh dimuat turun di ‘APP Store’ dan ‘Google Play Store’.
[id]Trailer;http://www.youtube.com/watch?v=_TEizk2nrx4|Minggu 1;https://picasaweb.google.com/lh/photo/3Zsho2ol1JGv9FLbAFoZU_N-8RIMN8cSwqMW_H5Ww1A|Minggu 2;https://picasaweb.google.com/lh/photo/ao5ji34e-AwIO3VKj2eo0MSNx9HZwYOE5RtsEYOkjgQ|Minggu 3;https://picasaweb.google.com/lh/photo/ciObStZb9GL3b_X0ORUE-MSNx9HZwYOE5RtsEYOkjgQ|Minggu 4s;https://picasaweb.google.com/lh/photo/s4n1dlEMPILipnUJXLJEm8SNx9HZwYOE5RtsEYOkjgQ|M5P1;http://www.dailymotion.com/video/k5lA2v0TAY7OFi94lND?syndication=122829|M5P2;http://www.dailymotion.com/video/k2TckrSBCdsdYo94lOd?syndication=122829|[/id]
Labels:
Astro Maya HD,
Konsert,
Program
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment