Monday, 27 October 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna 2014 - Slot Akasia TV3 [EP32/32]

Maaf Jika Aku Tak Sempurna 2014 - Slot Akasia TV3

Novel adaptasi Maaf Jika Aku Tidak Sempurna akan menyusul bersiaran di slot Akasia menggantikan drama Rindu Awak 200%. Ini merupakan novel karya kedua Acik Lana di persembahkan di kaca TV3 selepas drama Aku Isterinya.

Peneraju utama untuk drama ini dibintangi oleh Fahrin Ahmad dan Sara Ali. Turut dibintangi oleh Ika Nabella, Hefny Sahad, Tasha Shilla, Amy Mastura, Reza Hasbi, Azri AF9, Shella Faeiz, Marr Mohamad dan Sabreena Ibrahim. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua, dibawah terbitan Zeel Production. Saksikan drama ini bersiaran mulai 2 September 2014, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.

JUDUL : MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
EPISOD : 32 episod
ARIKH : 2 September 2014 (Isnin-Khamis)
SIARAN : Slot Akasia 2014
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Sara Ali, Ika Nabella, Hefny Sahad, Amy Mastura, Zamarul Hisyam, Tasha Shilla, Reza Hasbi, Azri AF9, Shella Faeiz, Marr Mohamad dan Sabreena Ibrahim.

LAGU TEMA / OST MJATS
Penyanyi : Liza Hanim Judul
Lagu : Egoismu
Ciptaan : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya

WATAK PELAKON
Fahrin Ahmad sebagai Luqman
Sara Ali sebagai Melina

SINOPSIS DRAMA MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA 

Maaf Jika Aku Tak Sempurna mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.

Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands.

Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut. Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu.

Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua. Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi.

Dia benar-benar bencikan Luqman! Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya.

Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya.

Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Dan kerana terpaksa, Melina dikahwinkan dengan Luqman. Apakah kesinambungan kisah mereka apabila Luqman dipaksa berkahwin dengan Melina?


No comments:

Post a Comment